RM53.00(Semenanjung Malaysia)
RM55.00(Sabah,Sarawak&Labuan)
JUS BIDADARI UNTUK WANITA YANG MENAWAN
Jus Bidadari DCL dicipta khas untuk kesihatan dan menyerlahkan keanggunan wanita. Di rumus oleh pakar yang mahir tentang keperluan seorang wanita.
Produk yang mesti dimiliki minuman bernutrisi tinggi, sangat baik untuk remaja dan wanita terutamanya bagi yang telah berumah tangga. Bidadari mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan paling utama ia sangat berkesan untuk menjadikan wanita seorang yang anggun dan menawan luaran dan dalaman serta untuk kebahagiaan rumahtangga.
JUS BIDADARI adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.
Keistimewaan Jus Bidadari DCL
- Membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga
- Meningkatkan kesihatan dalaman dan kecantikan.
- Mengatasi masalah senggugut dan keputihan
- Menghilangkan bau badan & mulut
- Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
- Membina dan mengecutkan rahim
- Menegangkan payudara
- Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan
- Menguatkan sistem kemutan
- Menambahkan kolegen dalam badan
- Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin
- Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
- Melegakan panas badan
- Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan. Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin.
Rahsia Ramuan Bidadari
Ramuan produk bidadari adalah madu asli, sireh, akar serapat, kacip fatimah, kurma, manjakani, serai, jarum mas, asam jawa dan herba-herba terpilih. Setiap bahan-bahan tersebut mempunyai khasiat semula jadi dimana ia mampu meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita.
Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.
Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.
Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.
Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.
Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.
Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.
Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.
Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.
Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.
Penggunaan Jus Bidadari DCL
Anda perlu mengikut cara-cara pemakanan bidadari yang di syorkan. Pada peringkat permulaan pengambilan bidadari adalah seperti yang disyorkan. Setelah sebulan anda boleh mengurangkan pengambilan bidadari untuk mengekalkan kesihatan dalaman wanita.
Pengambilan bulan pertama
2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan
Selepas sebulan pemakanan
Selepas sebulan, minum bidadari 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya
Larangan Ketika Mengambil Jus Bidadari
* Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan bidadari.
* Gunakan sudu plastik – kerana bidadari adalah produk berasaskan homeopati.
* Bidadari tidak boleh diminum ketika datang haid kerana ketika haid, rahim tengah mengembang kembang, fungsi bidadari pula untuk kecutkan rahim
* Wanita mengandung dilarang mengambil bidadari
Soalan Umum - Jus Bidadari DCL
Soalan
: Selepas mengambil Jus Bidadari seperti yang dicadangkan selama sebulan, apakah sukatan yang dicadangkan untuk mengambil Jus Bidadari secara berterusan?
Jawapan
: Selepas sebulan minum Bidadari secara konsisten, amalkan 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman badan yang telah dibaikpulih oleh sepanjang sebulan pertama pengambilannya Jus Bidadari.
Soalan
: Jika lepas bersalin, bilakah wanita boleh mula minum Jus Bidadari?
Jawapan
: Bagi yang baru lepas melahirkan anak,sebaiknya di minum Jus Bidadari secepat yang boleh. Mulakan dari 2 jam pertama selepas bersalin. Lagi cepat, lagi baik. Selepas bersalin paling baik sebab kita wanita bersalin harus keluarkan darah2 kotor (nifas) dalam rahim, selain untuk kecutkan semula peranakkan, membaiki sistem kewanitaan. Aturan minum sama juga, 2 sudu, 2 kali sehari.
Soalan
: Kenapa selepas bersalin boleh minum Jus Bidadari sedangkan ketika itu darah nifas sedang keluar, tapi waktu datang haid tak boleh minum?
Jawapan: Selepas bersalin, wanita baru lepas melalui satu perubahan dalam kehidupan kita. Proses mengandung dan melahirkan bayi tu, telah merubah keadaan rahim, peranakkan dan sistem kewanitaan kita yang lain, jadi selepas melahirkan, kita nak betulkan semula, membina semula, sebab itu kena keluarkan segala darah2 kotor dari rahim, Jus Bidadari akan mencuci rahim semula. Kalau dalam keadan haid, ini proses normal yang kita lalui setiap bulan. Kita dilarang minum Jus Bidadari masa ni sebab ditakuti darah turun dengan banyak dan ditakuti menggganggu tugasan harian kita. Bukan lah disebabkan Jus Bidadari boleh bahayakan rahim atau sebagainya, sebab tu lepas bersalin, wanita berpantang, rehatkan diri untuk betulkan semula segala2nya, tapi masa period wanita jalani hidup seperti biasa.
Soalan: Jus Bidadari DCL ini ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan ke tidak?
Jawapan: Pemakanan Kesihatan atau Minuman yang tidak dikelaskan dalam kategori ubatan tidak perlu kelulusan KKM. Tidak mengandungi dadah dan bukan UBAT.
S: Adakah Anak dara boleh ke minum Bidadari?
J: Boleh minum jus ini... terutamanya pada mereka yang ada masalah seperti keputihan dan period tidak teratur atau normal.
Soalan: Kenapakah Jus Bidadari tak berkesan kepada sesetengah orang?
J: Sebab yang paling utama Jus Bidadari tak berkesan adalah kerana ni tak pernah membuat proses Detox. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. Baru badan kita dapat menyerap khasiat yang terkandung dalam Jus Bidadari pada tahap optimum. Kebanyakan mereka yang telah melakukan detox dan mengambil semula Jus Bidadari, telah memberikan komen yang positif.